MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA' BUKU KAJIAN WACANA

[1] Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetapberhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim(2014), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi, Universiti Malaysia Terengganu.


Model cerita yang berkaitan.

Saya sayang kesemua ahli keluarga saya. Mereka merupakan insan-insan yang sentiasa ada dengan saya semasa saya susah dan juga senang. Keluarga juga merupakan insan-insan yang pertama saya lihat apabila saya mampu untuk melihat dunia. Kasih sayang keluarga sememangnya tiada tandingan. Tanpa mereka siapalah kita. Anak-anak adalah harapan ibu bapa dalam keluarga. Ibu bapa ingin melihat anak-anak mereka berjaya dalam hidup dan juga dapat mengubah keadaan keluarga kepada yang  lebih baik. Ibu bapa merupakan insan yang bertungkus lumus berkerah tenaga bagi memastikan kami adik beradik hidup dalam keadaan yang selesa dan dikelilingi dengan pelbagai kemudahan. Dididkan daripada ibu bapa merupakan didikan yang pertama kami peroleh secara tidak formal. Biasanya anak sulung akan menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Oleh itu, anak sulung perlu menunjukkan sifat-sifat yang baik untuk diteladani oleh yang lain. Ibu bapa tidak pernah mengeluh untuk mendidik anak-anak mereka dengan bahasa dan budi pekerti yang baik-baik. Kita sebagai anak perlu meringankan tulang untuk membantu ibu bapa dalam meringankan beban mereka. Kita juga perlu menjaga maruah kedua ibu bapa kita dengan berkelakuan baik apabila bercampur dengan masyarakat. Maruah ibu bapa amat penting dan kita sebagai anak janganlah menconteng arang dimuka mereka. Kita sepatutnya perlu membalas segala jasa mereka bukannya menconteng arang di muka mereka dengan sikap kita yang buruk.







Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: TWITTER DAN TREND TERKINI