BBM3410Satu2020; TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH

TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH







          Berdasarkan gambar di atas dinyatakan tiga tips belajar dengan mudah yang saya lakukan. Pertama ialah, belajar di awal waktu. Biasanya saya akan baca nota yang telah diberikan oleh pensyarah sebelum masuk ke kelas supaya saya akan lebih faham apa yang akan dipelajari dalam kelas hari itu. Sekurang-kurangnya saya telah baca dan pernah dengar dengan istilah-istilah yang disebut oleh pensyarah. Perhatian yang sepenuhnya perlu diberikan semasa berada di dalam kelas. Setelah tamatnya kuliah, ulangkaji  perlu dilakukan  supaya kita ingat dan lebih faham tentang konsep yang dipelajari. Penyediaan jadual waktu belajar juga amat penting. Hal ini demikian kerana, belajar mengikut masa yang ditetapkan akan menyebabkan rutin seharian kita engkap seperti rehat yang cukup, belajar dengan tenang dan juga melakukan aktiviti yang menyihatkan tubuh.  Ketigga-tiga perkara ini penting untuk memastikan minda kita cergas.
        Tips yang seterusnya ialah belajar secara berkumpulan. Belajar secara berkumpulan atau dengan erti kata lain "study group" juga dapat membantu kita dalam pembelajaran. Belajar secara berkumpulan ini biasanya seramai tiga atau empat orang sahaja. Belajar secara berkumpulan ini dapat membantu kita dalam bertukar-tukar pendapat. ini demikian keranba, minda manusia tidak mempunya daya pemikiran yang sama. Selain itu, tips belajar ini juga membuka peluang untuk kita mengajar rakan-rakan yang tidak faham dalam mata pelajaran tersebut. Jika kita mengajar orang lain tentang ilmu tersebut, diri kita juga akan lebih faham dan mudah untuk mengingat ilmu tersebut. Hal ini demikian kerana, kita akan mengulang-ulang perkara yang sama banyak kali dan secara tidak langsung perkara itu akan terus kita ingat.
         Di samping itu, sikap tidak mudah putus asa juga perlu ada dalam diri seorang pelajar. Kita janganlah mudah putus asa dalam mempelajari sesuatu. Walaupun kita sukar untuk faham apa yang dipelajari, kita perlu berusaha untuk faham sehingga kita betul-betul faham. Jika kita telah mencuba baca banyak kali juga masih tidak faham akan konsep tersebut, kita perlu meminta bantuan dari rakan lain supaya kita faham. Kita janganlah langkau perkara yang tidak faham itu.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: TWITTER DAN TREND TERKINI