BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

Sinopsis Cerita Sosial 1

            Cerita sosial 1 ini mengisahkan tentang nenek dan datuk yang tinggal disebuah kampung. Pasangan ini membela ayam dan itik di sekitar kawasan rumah mereka. Pasangan ini juga diuji dengan mempunyai seorang cucu autisme atau istimewa yang bernama Alim. Rumah nenek dan datuk terletak tidak jauh dari rumah Alim kerana hanya perlu mengambil masa 30 minit sahaja perjalanan dari rumah Alim. 
            Tanpa menghiraukan beg-beg yang dibawanya Alim terus menuju ke arah reban untuk mencari ayam dan itik belaan nenek dan datuk. Alim berasa sedih dan terus menangis di tepi reban itu apabila mendapati ayam dan itik tiada didalamnya. Dia terus menangis dengan sangkaan ayam dan itik sudah mati. Rupa-rupanya ayam dan itik belaan nenek berada di dalam reban yang baru dibuat oleh datuk. Kini Alim tidak menghiraukan datuk dan nenek yang berada di sebelahnya kerana sudah leka bermain dengan ayam dan itik datuk.
             Kini Alim sambung menangis kerana dia berasa sedih apabila mendapati keadaan rumah datuk dan nenek berubah dari yang biasa. Dia bersangka bahawa datuk dan rumah sudah tiada lagi. Lalu nenek menceritakan mengenai rumah itu kepada Alim sambil berjalan mengelilingi rumah itu. Alim berhenti menangis setelah memahami segala yang telah diceritakan oleh nenek kepadanya dan terus menonton televisyen di ruang tamu bersama abang, kakak, dan adiknya. 
              Ibu bapa serta nenek dan datuk pula duduk bersembang di dapur. Mereka berasa sedih dengan kelakuan Alim pada hari ini yang menangis secara tiba-tiba tanpa sebab. Alim bersama adik beradiknya yang lain ketawa kerana menonton cerita kartun yang tersiar di kaca televisyen. Keadaan rumah nenek dan datuk yang berubah dari biasa telah menjadikan Alim sekeluarga lebih rapat. Kini Alim tidak menangis lagi kerana dia telah tahu dimana reban ayam yang baharu dibuat oleh datuk.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: TWITTER DAN TREND TERKINI