BBM3410Satu2020: TAKSONOMI STRATEGI KOMUNIKASI

Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997).

_________________________________________________________________________________
 Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)
_________________________________________________________________________________
Strategi Pengelakan atau Pengurangan
_________________________________________________________________________________

1. Pengabaian /Peninggalan mesej
2. Pengelakan topik
________________________________________________________________________________
Achievement or Compensatory Strategies
Pencapaian atau Stategi Pampasan
________________________________________________________________________________
3. Parafrasa (Circumlocution)
4. Penghampiran
5. Penggunaan perkataan semua tujuan
6. Ciptaan perkataan baharu (Word-coinage)
7. Penstrukturan semula/ Penggunaan kaedah bukan bahasa(Use of non linguistic means)
8.Terjemahan literal
9. Pengantarabangsaan
10. Pertukaran kod
11.Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan, atau membuat tekanan/ Appeal for help Stalling
_________________________________________________________________________________
Stalling or Time-gaining Strategies
Penangguhan atau Strategi Tambah Waktu
_________________________________________________________________________________
12.Penggunaan perkataan yang tiada makna/ Use of fillers/ strategi penanda(hesitation device)
_________________________________________________________________________________

Rajah 7 : Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

        Taksonomi strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) (Rajah 7) mempunyai 12 taksonomi dalam strategi komunikasi iaitu pengabaian atau peninggalan mesej, pengelakan topik, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan perkataan baharu, penstrukturan semula atau penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan/ penjeasan/ pengesahan atau membuat tekaan dan akhir sekali penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda. Menurut Dornyei & Scott (1997), kesemua taksonomi strategi komunikasi dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pengekalan, pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi tambahan waktu. Hal ini dapat diasingkan dengan strategi langsung, strategi tidak langsung dan strategi interaksi.
             Taksonomi Strategi Komunikasi Dornyei & Scott (1997) seterusnya ialah peninggalan mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayat manakala pengelakan topik merujuk kepada pengelakan menulis sesuatu topik oleh kerana tidak tahu sesuatu perkataan . Penukaran mesej merujuk kepada penukaran mesej asal dengan mesej baharu oleh sebab kekurangan kosa kata manakala penghampiran ialah penggunaan perkataan yang mempunyai semantik yang hampir sama dengan perkataan sasaran. Taksonomi seterusnya ialah penggunaan perkataan semua tujuan bermaksud penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat ataupun spesifik manakala ciptaan perkataan baharu merupakan ciptaan perkataan yang tidak terdapat dalam leksikal bahasa sasaran. Penstrukturan semula pula ialah peninggalan mesej yang disebabkan oleh kekangan bahasa, menyambung mesej dengan mengubah daripada struktur asal ayat. Terjemahan literal merupakan terjemahan sesuatu perkataan, frasa atau struktur sesuatu bahasa kepada bahasa sasaran. Seterusnya, pengantarabangsaan merujuk kepada bahasa lain dari bahasa ibunda dan diubah suai secara fonologi atau morfologi kepada bahasa sasaran dan penukaran kod bermaksud penggunaan perkataan atau frasa daripada bahasa lain dalam penulisan. Penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda digunakan apabila seseorang itu menggantikan perkataan dengan apa juga perkataan atau pun bunyi yang tidak mempunyai makna.
               Merujuk kepada strategi komunikasi oleh Tarone(1977), Faerch & Kasper(1983), Johnstone (1989) dan Dornyei &Scott(1997) mendapati bahawa terdapat penambahbaikkan dan dicadangkan dengan strategi yang baharu. Oleh itu, kajian ini telah merujuk strategi komunikasi di atas dan menambah pendekatan strategi komunikasi yang baharu. Pendekatan strategi komunikasi yang baharu ini telah dibuktikan dengan kajian dalam buku ini. Pendekatan strategi yang baharu merujuk kepada singkatan, penafian,/percanggahan, persoalan, perujukan, imaginasi dan kesopanan. Enam strategi ini tidak terdapat dalam strategi komunikasi oleh Tarone(1977), Faerch & Kasper(1983), Johnstone(1989) dan Dornyei & Scott(1997). Pendekatan strategi komunikasi ini dilihat bersesuaian dengan kajian yang dilakukan.

KEPENTINGAN STRATEGI KOMUNIKASI

Menurut Normaliza Abd Rahim (2018e), terdapat 16 pendekatan strategi komunikasi seperti singkatan, perkataan baharu tiada makna, penafian/percanggahan, persoalan, pengulangan, perujukan, pembetulan kendiri, topik berlainan atau pengabaian mesej, celahan, penangguhan, terjemahan literal, pertukaran bahasa, imaginasi, kesopanan, parafrasa dan meminta pertolongan. Taksonomi strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) telah memberi pelbagai kepentingan. Antaranya ialah dapat mewujudkan perkataan baharu. Hal ini demikian kerana, perkataan yang tidak terdapat secara leksikal dalam bahasa sasaran akan dibuang dan digantikan dengan perkataan yang baharu yang lebih menarik. Selain itu, dengan adanya strategi komunikasi ini perkataan yang berlainan bahasa dapat difahami dengan menggunakan kaedah termajahan literal. Terjemahan literal ini akan menterjemahkan satu demi satu perkataan. Sebagai contoh, he plays ball dan diterjemahkan kepada Bahasa Melayu yang bermaksud dia bermain bola. Seterusnya, pengguna dapat menjaga adab dalam berkomunikasi seperti menggunakan bahasa yang sopan apabila berhadapan dengan situasi yang formal.




Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: TWITTER DAN TREND TERKINI