BBM3410Satu2020: Teori Analisis Wacana Kritis

TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK,1977)

VanDijk(1977) pula membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacanaawam dan kawalan pemikiran(Rajah 1). Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup, dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi fokus kepada makna lokaldaripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.

_________________________________________________________________________________
Struktur Makro
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik/tem suatu teks
_________________________________________________________________________________
Supertruktur
Kerangkasuatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup, dan kesimpulan
_________________________________________________________________________________
Struktur Mikro
Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati
Daripada pilihan kata , kalimat, dan gaya yang dipakai oleh suatu teks
_________________________________________________________________________________

Menurut Normaliza Abd Rahim (2018b), teori analisis wacana ini mempunyai lima elemen penting iaitu pra-andaian. emosi, nilai dan budaya, bahasa serta inferens. Pra-andaian merupakan perkara yang diamalkan terlebih dahulu sebeluh hujah disampaikan. Manakala emosi ialah suatu perasaan atau gejolak jiwa yang muncul didalam diri seseorang akibat daripada rangsangan. Seterusnya ialah nilai dan budaya. Nilai dan budaya dianalisis dari aspek diri, masyarakat dan adat. Perkara ini amat berkait rapat dengan nilai yang terkandung dalam falsafah pendidikan negara. Elemen bahasa juga penting dalam analisis wacana. Bahasa yang dianalisis memfokuskan kepada bahasa pertama/kedua/ketiga serta bahasa mengikut situasa sama ada formal ataupun tidak formal. Inferens merupakan elemen yang paling penting dalam analisis wacana. Inferens terdiri daripada tiga aspek iaitu rumusan keseluruhan rumusan topik perbincangan dan penutup kata. Setiap perbincangan perlu dirumuskan supaya ujaran, interaksi, teks dan tulisan ini lebih jelas dan lengkap.




RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2014), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: TWITTER DAN TREND TERKINI