BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2

Sinopsis Cerita Sosial 2

Keluaraga Alim merupakan sebuah keluarga yang bahagia. Keluarganya juga merupakan penggemar buah-buahan. Bapa Alim tidak pernah lupa untuk membeli buah-buahan di pasar tani pada setiap hari Ahad dan membawa pulang ke rumah. Buah-buahan yang dibeli bapa merupakan buah-buahan tempatan kerana bapa tahu anak-anaknya gemar buah-buahan tempatan. Bapa meminta Imran untuk memanggil adik-adik dan juga ibunya untuk makan buah-buahan bersama-sama. Ibu Alim tidak suka rumahnya kotor dan sampah di merata-rata tempat. Oleh itu, ibunya berpesan kepada mereka lebih awal supaya membuang sampah ke dalam bakul sampah yang ibu sediakan. Alim seorang budak istimewa yang baik. Dia meminta izin kepada ibunya untuk memberi sedikit buah-buahan itu kepada Sulaiman yang merupakan jiran mereka. Perkara ini terjadi kerana Alim sentiasa mengingati pesan ibu bapanya supaya berkongsi dengan orang adalah suatu perbuatan yang baik. Keluarga Alim dan keluarga Sulaiman adalah orang yang baik. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana telah memberi buah-buahan tadi. Mak Cik Timah gembira kerana Alim seorang budak yang baik walaupun dia budak istimewa.




Rujukan :

Dr. Normaliza Abd. Rahim (2014). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: TWITTER DAN TREND TERKINI