BBM3410Satu2020: Keluarga

KELUARGA SAYA.






Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Keluarga saya tinggal di sebuah kawasan perkampungan di negeri Johor. Saya mempunyai 5 orang ahli keluarga dan 3 orang adik beradik. Ayah saya bernama Mohamed bin Ramli dan bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan di daerah Tangkak. Ibu saya pula bernama Juliah binti A.Rahim yang merupakan seorang pengusaha makanan ringan secara kecil-kecilan. Keluarga kami hidup dalam kemudahan yang diusahakan oleh ibu dan ayah. Pada setiap hujung minggu, biasanya kami sekeluarga akan melakukan aktiviti yang sihat seperti membersihkan kebun dibelakang rumah dan membantu ibu membuat makanan ringan. Perkara ini berubah setelah saya dan abang menjalani kehidupan masing-masing ke luar kota. Kini sukar untuk kami berkumpul lengkap satu keluarga. Walaupun kami sekeluarga dipisahkan oleh jarak, tetapi kami sering membuat panggilan video secara berkumpulan untuk bertanya khabar antara satu sama lain. Kami akan berkumpul apabila terdapat cuti-cuti umum sahaja dan kami mengambil kesempatan ini untuk menghabiskan masa bersama keluarga tercinta. Kadang-kadang kami pergi bercuti sehingga tiga atau empat hari atau pergi berkelah dan sebagainya. Masa yang ada kami hargai untuk keluarga. Kepayahan keluarga kami untuk menjadi senang seperti sekarang ini telah kami harungi bersama. Tidak dilupakan juga jasa ibu dan ayah yang menjaga nenek saya yang sedang mengalami strok telah mencecah hampir dua tahun. Keluarga kami dimurahkan rezeki apabila ayah dan ibu mengambil peluang untuk menjaga nenek yang sedang sakit. Kami adik beradik juga akan membantu ibu dan ayah dalam menjaga nenek apabila kami berada di kampung. Keluarga saya sememangnya sebuah keluarga yang bahagia.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: TWITTER DAN TREND TERKINI