BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

Cara-cara membuat blog dengan baik:

  1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
  2. Cerita yang menarik dapat menarik hati pembaca.
  3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
  4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
  5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
  6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
  7. Dapat dibaca dan difahami.
  8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
  9. Masukkan nilai moral dan estetika dalam penulisan anda.
  10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.


Ulasan :
    Struktur ayat yang digunakan oleh penulis amat penting dalam mempengaruhi minda pembaca. Dalam penulisan blog, ia bermula dari tajuk yang menarik. Pembaca akan melihat tajuk terlebih dahulu sebelum membaca pengisiannya. Pengisian yang mempunyai unsur jenaka amat diutamakan dalam penulisan blog sehingga mampu mencuit hati pembaca akan memjadikannya lebih menarik. Penggunaan ayat yang ringkas akan memudahkan pembaca untuk membaca dan memahami kandungan tersebut. Hal ini demikian kerana, pembaca pada masa kini kurang gemar untuk membaca ayat-ayat yang terlalu panjang tetapi tiada pengisian kerana bagi mereka itu hanya membuang masa. Pembaca pada era moden ini lebih gemar untuk mengetahui segala perkara yang penting sahaja dan tidak suka dengan struktur ayat yang meleret-leret yang boleh menimbulkan rasa bosan dalam hati mereka. Tambahan pula dengan penggunaan struktur ayat yang terlalu formal dan membosankan. Penulisan blog yang baik juga perlu dikaitkan dengan berita-berita terkini yang masih hangat serta menjadi perbualan di setiap sudut pelusuk dunia dalam sesuatu jangka masa. Berita itu juga masih mahu didengar ataupun  dibaca oleh pembaca. Penulis perlu menulis seolah-olah dapat berkomunikasi dengan pembaca itu sendiri. sewaktu membuat penulisan, penulis perlu membayangkan pembaca ada di hadapan mereka supaya mesej yang hendak disampaikan itu boleh sampai ke pembaca. Nilai moral dan estetika juga perlu diselitkan dipenghujung penulisan blog supaya pembaca dapat mengetahui serta mengambil ikhtibar daripada penulisan itu. dengan erti kata lain penulisan itu mestilah mempunyai mesej dalam setiap penulisan. Penulisan yang berupa pendidikan mestilah memberi ilmu pengetahuan kepada pembaca. 


Rujukan ;

Normaliza Abd Rahim (2014). Learning through Blog Writing: Embracing the Technology. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Akhmaliah Abd Rahim (2009). An Analysis of Language Features in Blogs of Female Undergraduates. Unpublished B.A. projectpaper. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim(2017). Writen Discourse in Digital Audio  Folklore. Man in India. 9792):491-499.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: TWITTER DAN TREND TERKINI