MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM

Manfaat penggunaan Instagram.






Instagram telah memberi pelbagai manfaat kepada pengguna. Instagram dapat membantu mereka dalam mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek Instagram pengguna lain. Cerita pendek ini telah memberi peluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian mereka. Selain itu, mereka juga akan berkongsi pengetahuan mereka kepada pengguna Instagram lain. Subjek kajian menunjukkan mereka mempelajari kemahiran dan benda baharu melalui cerita pendek Instagram. Menurut Sebah Al-Ali (2014) dan Normaliza Abd Rahim & Nur Maisarah Roslan (2016) di mana Instagram berupaya meningkatkan penggunaan teknologi . Menurut kajian Normaliza Abd Rahim & Nur Maisarah Roslan (2016) dan Bell(2013) pelajar di sekolah bermotivasi dalam mempelajari kemahiran baharu dan kongsi pengetahuan mereka. Kajian ini akan membantu pengajar dan pengguna cerita pendek  Instagram dalam menggunakan Instagram secara positif. Cerita pendek kan membantu pengajar untuk mencipta sukatan pelajaran baharu dengan penggunaan teknologi baharu. Pengajar juga akan membenarkan pelajar menggunakan teknologi baharu dalam berkongsi pengetahuan kepada orang lain.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: TWITTER DAN TREND TERKINI