BBM3410Satu2020: TWITTER DAN TREND TERKINI

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
                                                                                                                 (Normaliza Abd Rahim,2014)


Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
                                                                                 (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)


Menurut Normaliza Abd Rahim(2014), antara cabaran bagi seseorang individu untuk menulis cerita sendiri adalah kurang keyakinan semasa menulis. Mereka yang ingin menulis cerita sendiri kurang yakin bahawa cerita yang ditulisnya itu mampu menarik minat orang lain untuk membaca. individu ini juga tidak yakin untuk menghantar penulisannya ke syarikat penerbit untuk menerbitkan buku ceritanya. Selain itu, penulis sendiri bersikap negatif tentang apa yang pembaca fikir tentang penulisannya. Mereka bukanlah tidak mempunyai idea yang baik untuk menulis, bahkan tetapi mereka berfikir bahawa apa yang akan diperkatakan oleh orang lain tentang penulisannya. Hal ini telah menyebabkan penulis berasa keberatan untuk mencurahkan idea mereka dalam bentuk penulisan. Menurut Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2017), penglibatan pelajar dalam sesuatu aktiviti secara berterusan amat penting bagi mengelakkan salah faham dalam pembelajaran. Jika pelajar hanya mempelajari teori sahaja ketika berada di dalam kelas, kemungkinan besar akan terjadinya salah faham. Hal ini demikian kerana, fahaman setiap pelajar terhadap apa yang disampaikan oleh guru tidak sama. Sehubungan dengan itu, aktiviti juga mampu mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran. Sebagai contoh, jika aktiviti dijalankan pelajar tidak berasa bosan kerana perlu dengar sahaja apa yang disampaikan oleh guru.



RUJUKAN :
Normaliza Abd Rahim (2014), Eh! Media Sosial, Universiti Malaysia Terengganu.

Noraien Mansor (2019), Eh! Media Sosial, Universiti Malaysia Terengganu.



Comments

Popular posts from this blog