RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG.



Keputusan rumusan tentang penulisan blog.







Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2014), keputusan dan perbincangan  kajian mengenai blog ini dibahagikan kepada tiga bahagian  yang berkaitan dengan objektif kajian.  Pengkaji membina graf berdasarkan jantina dan juga jenis  yang digunakan dalam sesuatu bidang. Bahagian yang pertama  adalah blog di dalam pengajian kesusasteraan. Dalam bahagian ini, terdapat empat genre dalam kesusasteraan iaitu puisi, cerpen, skrip drama dan pantun.  Berdasarkan graf 6.1, kedua-dua jantina iaitu lelaki dan juga perempuan lebih gemar untuk menulis cerpen berbanding dengan genre yang lain. Sebanyak 86.7% responden lelaki  dan 96.7% responden perempuan telah memilih genre ini dalam menjadikan blog sebagai medium terbaik dalam penulisan cerpen.  Jumlah responden paling sedikit bagi kedua-dua jantina adalah dalam memilih genre puisi iaitu sebanyak 66.7% (lelaki) dan 80% (perempuan). Bagi genre penulisan skrip pula telah mencatatkan sebanyak  76.7% responden lelaki dan 93.35 responden perempuan. Genre terakhir dalam bahagian ini ialah pantun.  Sebanyak 66.7% responden lelaki dan 86.7% responden perempuan  yang telah memilih genre pantun. Responden perempuan lebih gemar untuk menulis pantun dengan tujuan meninggalakn pesan kepada rakan-rakannya.
Bahagian yang kedua ialah blog dalam pembelajaran bahasa. Berdasarkan graf 6.2 terdapat tiga cara penggunaan blog  dalam pembelajaran bahasa yang berbeza. Bagi  penulisan surat, sebanyak 80% responden lelaki dan juga 83.3% responden perempuan.  Jumlah responden perempuan adalah lebnih ramai berbanding dengan responden lelaki. Hal ini demikian kerana, responden wanita gemar untuk menulis surat kepada  seseoramg yamg istimewa.  Penulisan yang melibatkan luahan perasaan sekali lagi menunjukkan responden perempuan lebih ramai daripada responden lelaki iaitu masing-masing 100% dan 66.7%. Bagi cara yang terakhir ialah menulis teka –teki.  Dengan cara pembelajaran ini, peratusan responden perempuan juga melebihi responden lelaki dimana responden perempuan sebanyak 96.7% dan lelaki sebanyak 93.3%.
Bahagian yang terakhir ialah blog dalam pembelajaran teknologi. Terdapat tiga cara pembelajaran teknologi  seperti video, audio, dan gambar. Kedua-dua responden mencatatkan peratusan yang sama iaitu 100% dalam memasukkan video ke dalam blog mereka kerana ia akan member kepuasan kepada mereka. Seterusnya, peratusan kedua-dua responden lelaki dan perempuan  juga sama iaitu 100% dalam memasukkan audio ke dalam blog mereka. Penggunaan gambar pula menunjukkan responden perempuan tinggi berbanding responden lelaki dengan peratusan masing-masing 100% (perempuan) dan 93% (lelaki).
Kesimpulannya, ramai responden yang terlibat dengan penggunaan blog walaupun dengan menggunakan cara yang berbeza iaitu pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan juga pembelajaran teknologi.


RUJUKAN ;
Noraien Mansor, Eh!!! Media Sosial, Universiti Malaysia Terengganu.
Normaliza Abd Rahim (2014), Eh!!! Media Sosial, Universiti Malaysia Terengganu.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: TWITTER DAN TREND TERKINI