BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Kepentingan Asas Grafik




Asas grafik mempunyai lima kepentingan. Antaranya ialah menarik. Asas grafik adalah penting bagi menarik minat semua golongan masyarakat. Penggunaan asas grafik yang sesuai akan memudahkan masyarakat untuk membaca dan memahami mesej yang hendak disampaikan. Asas grafik yang baik akan memberi kesan kepada pembaca tanpa rasa ragu-ragu. Selain itu, asas grafik yang mudah difahami amat penting bagi masyarakat dan golongan orang yang membacanya. Hal ini demikian kerana, mereka menginginkan apa yang mereka lihat itu terus dapat difahami tanpa rasa ragu-ragu. Oleh itu, konsep yang mudah untuk difahami amat penting dalam penghasilan asas grafik. Seterusnya ialah mesej. Setiap apa yang dilihat oleh masyarakat mestilah mempunyai mesej yang ingin disampaikan sehingga akan meninggalkan kesan kepada masyarakat.Kepentingan yang keempat adalah ketara. Ketara bermaksud foto atau video yang dilihat mestilah mudah difahami oleh masyarakat sehinggan tidak menimbulkan sebarang kekeliruan tentang mesej yang disampaikan.
Akhir sekali, promosi. Promosi juga penting dalam asas grafik. Asas grafik yang sesuai dengan iklan promosi akan memberi kesan yang positif terhadap barangan yang dipromosikan. Promosi yang dijalankan akan lebih berjaya jika asas grafik diterapkan dalm foto atau video.









RUJUKAN :
Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Universiti Putra Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: TWITTER DAN TREND TERKINI