BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM,2019) 3

Assalamualaikum dan Hi semua...

SINOPSIS CERITA SOSIAL 3

Keluarga Alim merupakan sebuah keluarga yang penyayang. Alim merupakan kanak-kanak yang berumur 9 tahun. adik beradik Alim akan menolong ibu bapanya membuat kerja rumah setiap hari termasuk Alim. Ibu dan bapa Alim selalu memuji Alim supaya Alim lebih suka untuk menolong mereka. Alim belajar menyapu sampah daripada Abang Imran dan Kak Madinah. Alim pernah gagal dalam menyapu rumah dan dia tinggal sahaja penyapu di tengah-tengah rumah. Namun, ibu datang kepadanya dan memujuk Alim untuk menyiapkan kerja. Ibu sering melatih Alim menyapu rumah supaya Alim menjadi mahir dan dapat mengingati cara kerja itu dilakukan. Akhirnya, Alim berjaya melakukan kerja tersebut. Hari demi hari Alim cuba memahami kerja rumah. Dia cuba menolong keluarganya dalam membuat kerja rumah. Alim sayang dan rindu akan kelaurganya. Lalu semua ahli keluarga Alim mengungkapkan kata sayang dan rindu kepada Alim secara serentak.





Berdasarkan cerita sosial 3, terdapat tiga nilai yang boleh dijadikan contoh dalam kehidupan. Antaranya ialah nilai penyayang. Dalam cerita sosial 3, Alim menyatakan keluarganya sebuah keluarga yang penyayang. Hal ini demikian kerana, walaupun Alim seorang kanak-kanak istimewa, mereka sayang akan Alim. Selain itu, nilai ringan tulang. Alim seorang yang ringan tulang. Alim rajin menolong abang, kakak, ibu dan bapanya mengemas rumah. Alim selalu menyapu sampah di dalam rumah. Alim juga selalu menolong ibu mengutip mainan yang bertaburan. Aisyah selalu terlupa untuk mengemas kembali mainan setelah habis main. Dalam hal ini, jelaslah terdapat nilai ringan tulang, Hal ini demikian kerana, Alim rajin dalam membantu sesiapa pun di dalam rumahnya itu. Akhir sekali, nilai tidak mudah putus asa. Nilai ini ditunjukkan oleh Alim dalam cerita sosial 3. hal ini demikian kerana, Alim belajar menyapu daripada kakak dan abangnya dan pernah gagal dalam menyiapkan kerja itu. Alim tidak berputus asa untuk belajar menyapu setiap hari sehinggalah dia berjaya menghabiskan kerja menyapu di dalam rumah. 

RUJUKAN :
Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi, Universiti Malaysia Terengganu

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: TWITTER DAN TREND TERKINI