BBM3410Satu2020 : CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM,2019) 5

CERITA SOSIAL 5

Keluarga Alim terutamanya ibu dan bapa suka menghadiahkan Alim buku cerita. Alim seorang kanak-kanak yang gemar membaca dan dia akan menyusun kesemua buku ceritanya mengikut abjad supaya mudah untuk mencarinya. Alim akan membaca buku pada setiap petang dan malam. Alim juga suka berkongsi buku ceritanya dengan jiran sebelah rumah. Alim akan memberi buku ceritanya yang telah habis dibaca kepada Sulaiman. Alim dan Sulaiman merupakan kanak-kanak yang pemurah. Sulaiman juga suka berkongsi dengan Alim apa yang dia ada. Pada suatu hari, Alim demam panas dan ibu dan bapa membawa Alim berjumpa doktor di klinik yang berhampiran dengan rumahnya. Alim suka berdiam diri dan dia tidak lagi membaca buku ceritanya ketika dia sakit. Alim anak yang baik. dia tidak pernah merungut apabila sakit dan hanya mendiamkan diri dan kaku. Adik beradik Alim sedih melihat keadaan Alim lantas mereka menemani Alim di bilik dan cuba bercerita dengan Alim. Namun, Alim tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Mereka semua berdoa supaya Alim cepat sembuh dan kini Alim sudah kembali pulih dan boleh bermain semula dengan Sulaiman dan adiknya. 





Antara nilai yang terdapat dalam cerita sosial 5 ialah rajin. Alim yang merupakan seorang kanak-kanak autismyang menjadikan membaca sebagai hobinya. Alim rajin membaca buku cerita yang dihadiahkan oleh bapa, ibu, abang serta kakanya. Nilai rajin inidapat diperkukuhkan dengan bukti  daripada ayat Alim akan membaca buku pada waktu petang dan malam. Selain itu, dalam cerita sosial 5 ini terdapat nilai pemurah. Hal ini demikian kerana, Alim suka berkongsi buku ceritanya dengan jiran sebelah. Hal ini dapat dibuktikan dalam ayat Alim akan memberikan buku cerita kepada jiran sebelah rumah. Alim suka berkongsi dengan jiran sebelah. Akhir sekali adlah nilai perihatin. Nilai prihatin ini terdapat dlaam cerita sosial 5 kerana ahli keluarga Alim mengambil berat tentang dirinya ketika dia sakit. sebagai contoh, ibu dan bapa menghantar Alim ke klinik yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Manakala abang, kakak dan adiknya menemani Alim ketika di bilik dan bercerita dengan Alim ketika Alim sakit. Hal ini dapat dibuktikan dalam ayat abang, kakak dan adiknya sedih melihat keadaan Alim. Mereka menemani Alim  di bilik. Mereka cuba bercerita dengan Alim tetapi Alim tetap kaku.

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim, 2019, Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi, Universiti Malaysia Terengganu.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: TWITTER DAN TREND TERKINI