BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 4


RINGKASAN CERITA SOSIAL 4

Alim tidak tahu apa itu hari lahir. Hari ini hari lahir Alim dan Alim mengikut kata ibu yang menyuruh membawa kek cawan ke sekolah dan berkongsi dengan kawan-kawannya. Pada hari lahirnya, Alim sudah pandai menguruskan dirinya sebelum ke sekolah. Di sekolah, cikgu Anis telah mengajar Alim dengan nilai-nilai murni. Sebagai contoh, menjaga diri, menghormati orang tua. tentang jiran dan cara menaiki bas supaya tidak berebut. Sewaktu belajar mengenai sayur-sayuran, Cikgu Anis membawa Alim dan kawan-kawannya ke pasar tani untuk mengenal sayur-sayuran. rakan-rakan sekelasnya mengucapkan Terima Kasih kepada Alim kerana telah memberi kek cawan itu. Cikgu Anis yang mengetahui bahawa hari ini hari lahir Alim mengucapkan Selamat Hari lahir kepada Alim. Cikgu Anis baik hati dan suka mengajar Alim ketika di kelas. Alim mahu menjadi seorang guru seperti Cikgu Anis.





Antara nilai yang terkandung dalam Cerita Sosial 4 ialah berdikari. Nilai ini dapat dibuktikan dalam ayat Alim sudah pandai memakai baju sekolah sendiri memakai kasut sekolah dan pandai membawa botol air ke sekolah. Alim yang merupakan kanak-kanak autism sudah pandai berdikari untuk menguruskan dirinya sendiri sebelum pergi ke sekolah. Nilai yang seterusnya ialah pemurah. Alim dan keluarganya merupakan insan-insan yang pemurah. Nilai ini dapat dibuktikan dalam ayat Alim membawa kek cawan ke sekolah dan berkongsi dengan kawan-kawannya di sekolah. Selain itu, Alim juga seorang yang bercita cita tinggi. Walaupun Alim seorang kanak-kanak autism, namun dia tetap ingin menjadi seorang guru seperti Cikgu Anis yang baik hati dan rajin mengajar anak muridnya.


RUJUKAN :
Normaliza Abd Rahim, 2019, Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi, Univrsiti Malaysia Terengganu.









Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: TWITTER DAN TREND TERKINI