BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2

Sinopsis Cerita Sosial 2

Keluaraga Alim merupakan sebuah keluarga yang bahagia. Keluarganya juga merupakan penggemar buah-buahan. Bapa Alim tidak pernah lupa untuk membeli buah-buahan di pasar tani pada setiap hari Ahad dan membawa pulang ke rumah. Buah-buahan yang dibeli bapa merupakan buah-buahan tempatan kerana bapa tahu anak-anaknya gemar buah-buahan tempatan. Bapa meminta Imran untuk memanggil adik-adik dan juga ibunya untuk makan buah-buahan bersama-sama. Ibu Alim tidak suka rumahnya kotor dan sampah di merata-rata tempat. Oleh itu, ibunya berpesan kepada mereka lebih awal supaya membuang sampah ke dalam bakul sampah yang ibu sediakan. Alim seorang budak istimewa yang baik. Dia meminta izin kepada ibunya untuk memberi sedikit buah-buahan itu kepada Sulaiman yang merupakan jiran mereka. Perkara ini terjadi kerana Alim sentiasa mengingati pesan ibu bapanya supaya berkongsi dengan orang adalah suatu perbuatan yang baik. Keluarga Alim dan keluarga Sulaiman adalah orang yang baik. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana telah memberi buah-buahan tadi. Mak Cik Timah gembira kerana Alim seorang budak yang baik walaupun dia budak istimewa.


           


         Berdasarkan cerita sosial 2, terdapat tiga nilai yang dapat dijadikan contoh dalam kehidupan seharian. Antara nilai yang terkandung dalam cerita itu ialah menjaga kebersihan. Hal ini dapat dibuktikan dalam ayat "Ni, ibu dah sediakan bakul sampah. Letak semua sampah dalam ni ye. Jangan letak merata tempat. Nanti rumah akan kotor dan bersepah", arah ibu. Hal ini telah menunjukkan ibu tidak suka rumahnya kotor dan bersepah serta rumahnya sentiasa bersih.
           Selain itu, Alim sekeluarga sangat pemurah. Hal ini dapat diperkukuhkan lagi dalam ayat " Ibu, boleh kita beri Sulaiman sedikit buah-buahan ini?, tanya Alim kepada ibunya. Dalam ayat ini menunjukkan bahawa Alim suka untuk berkongsi rezeki dengan orang lain kerana dia percaya dalam rezekinya ada rezeki orang lain. Ini juga telah menunjukkan Alim seorang yang pemurah kerana suka memberi makanan kepada orang lain.
              Akhir sekali adalah nilai tolong-menolong. Keluarga Alim suka tolong menolong antara satu sama lain. hal ini dapat dibuktikan dalam ayat "setelah selesai makan, Alim menolong abang Imran, kak Madinah, ibu dan bapa mengemas rumah". Alim akan menolong keluarganya mengemas rumah. Dalam hal ini dapat dikaitkan dengan nilai yang pertama iaitu menjaga kebersihan. Mereka akan mengemas rumah mereka setelah mereka melakukan sesuatu kerja.
                Kesimpulannya, kita mestilah menerapkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerita sosial 2 ini dalam diri kita.


Rujukan :

Dr. Normaliza Abd. Rahim (2014). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410Satu2020: TWITTER DAN TREND TERKINI