Peta Minda Asas Fotografi RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2014), Multimedia dalam Bahasa, Universiti Putra Malaysia. Kepentingan Rule of Thirds Rule of thirds ini biasanya digunakan untuk mengambil gambar supaya kelihatan cantik dan sempurna. oleh itu, rule of thirds ini mempunyai beberapa kepentingan. Antaranya ialah memberi keseimbangan dalam gambar. Hal ini demikian kerana, keseimbangan sesuatu gambar amat penting supaya gambar yang ditunjukkan kelihatan cantik dan mampu menarik minat orang lain untuk melihatnya. Keseimbangan dari segi warna, kedudukan objek dalam gambar dan teks yang digunakan dalam gambar. Selain itu, penggunaan rule of thirds ini juga bertujuan untuk menampakkan pemandangan atau stuasi di dalam gambar. Hal ini demikian kerana, penggunaan rules of third ini manusia tidaklah hanya berada di tengah-tengah foto. Ia juga boleh berada di kanan atau kiri gambar sehingga mampu menunjukkan latar belakang di mana manusia itu berada. Sebagai contoh di...